I started to know u when I was change

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sahabat selamanya

Sahabat selamanya
bersama tak kira susah dan senang

Thursday, 7 February 2013

Assalamualaikum..

lamanya tak update blog kn..al-maklumlah bukan kaki blogger kn..so tak pandai sngt nak update apa nie..tapi nk jugak update kn..hari nie episode last cerita favorite 'Setia Hujung Nyawa'.ohh tak dinafikan lah sebab jln cerita tuh best sngt..tapi tngok cerita tuh pon cmtuh2 ja selebihnya denngaq orang cerita jer..gambarlah sendiri kn..hmm...tapikn..bla tengok balik cerita antara Zain dan Ersalina Emani.wahh nie nk start nie...even El penah buat kesilapan pada masa lalu..lepas dya kahwin dengan Zain segalanya berubah..sikap Zain terhadap El jugak berubah..hmm..mula2 ingt saling2 jatuh cinta kn..tp Allah dah aturkan segalanya..tp Allah bayar cash kat El untk menanggung atas apa dya buat..tp Zain still setia even dya bencikn El pada masa tuh..hmm time El buat salah tuh pon alah..budak2 kn..baru abis spm..nak tau apalah kn..ank last pulak kn..bertemu pulak dengan Zain kn..hmm jodoh mereka memang pnjang..tak kiralah apa yang datang kalau Allah dah nyatakan dya jodohku..hmmm tak kn kemanalah..even ada halangan antara mereka kn..still mereka boley bersama tak kira cmna sekalipun..Hubungan antara suami isteri tuh begitu kuat kn..snggup jadi orang gaji kat rumah husband dya semata2 nk jumpa dengan suami kn..tak kira cmna mana sekalipon mereka tetap bersama..tp comel lah episode hari nie..time depa pi bercuti tuh...comel jer time Zain bawak makanan kat El tuh kn..lapar sangt yer..cute jer..hmmm..begitu jaga kn kandungan baby dya kn..comel3..wahhh..indahnya percintaan selepas kahwin rupanya...patutlah..tp kn tak sangka rupanya Zain dulu pon penh cm El jugak...takdir Allah lah kn..jodoh mereka..rupanya Allah telah takdirkn jodoh mereka cmtuh kn..Allah sngt sweet..cmtuh jugaklah hubungan mereka kn..kalaw betul3 husband n wife kn comel..lagi satu comel lah bla pakai baju sama..hitam merah bersama,baju kotak2 sama2..so sweet..yang tak tahan..dya buat dinner special for his wife..such sweet husband..hopefully one day dapat cmtuh kn..tp tak dak lah mint teruk sngt dengan drama korea..tp RUNNING MAN jer minat..hhe..ada jugak tuh kn...bilalah nk ada lagi drama yang comel2 cmnie kn..sebelum nieVanilla Coklat..wah2..suma bercinta lepas kahwin..^__^

Wednesday, 30 January 2013

“ Cinta tanpa ikatan itu penuh dengan rasa ragu, dan keraguan itu mungkin mampu mematikan hati. Sebaik-baik cinta itu perlulah bersama dengan redha-Nya dan sesungguhnya ‘nikah’ sudah pasti jalan yang paling indah. Penantian itu menjadi lebih indah jika berada di jalan dan redha-Nya. "

Insyaallah jika jodohku tiada di dunia ini,insyaallah ia ada di Akhirat..amin..



SIAPAKAH HAMBA ALLAH YANG MULIA DI SISI ALLAH???

Dgn Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Dalam sebuah riwayat hadis...

Ketika itu Baginda Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk berkumpul bersama-sama para sahabat...Di antara sahabat-sahabat termasuklah Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan yang lain...Lalu kemudian Baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya...

Wahai sahabatku, tahukah kalian...Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?

Para sahabat terdiam... lalu ada salah seorang sahabat berkata...Para Malaikat ya Rasulallah... merekalah yang mulia.

Baginda berkata...
Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah... Mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah... tentulah mereka mulia... tapi bukan itu yang ku maksudkan.

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata...

Ya Rasulallah, tentulah para Nabi...merekalah yang mulia itu.

Nabi Muhammad s.a.w tersenyum... baginda berkata...

Para Nabi itu mulia...mereka adalah utusan Allah di muka bumi ini... bagaimana mungkin mereka tidak mulia...mereka mulia... tapi ada lagi yang lainnya.

Para sahabat terdiam...tertanya... siapa lagi orang yang mulia...Hingga kemudian salah seorang sahabat berkata...

Ya Rasulallah... apakah kami sahabatMu ya Rasulallah...apakah kami yang mulia itu Ya Rasul?

Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu... Baginda tersenyum melihat para sahabat...Baginda berkata...

Tentulah kalian mulia...kalian dekat denganku...kalian membantu perjuanganku... mana mungkin kalian tidak mulia...tentulah kalian mulia... tapi ada lagi yang lain yang mulia.

Para sahabat terdiam semuanya... mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi...Lalu tiba-tiba... Nabi Muhammad menundukkan wajahnya... Baginda menangis di hadapan sahabat-sahabatnya...Para sahabat tertanya-tanya...

Mengapa kau menangis Ya Rasulallah? Lalu Baginda mengangkat wajahnya... terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya..

Baginda berkata..Wahai saudaraku... sahabatku... tahukah kalian siapa yang mulia itu... mereka adalah manusia-manusia... mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti... mereka begitu mencintai Allah dan tahukah kalian... mereka tidak pernah memandangku... mereka tidak pernah melihat wajahku... mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian... tapi mereka begitu rindu kepada ku dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya.

Aku pun rindu kepada mereka... mereka yang mulia itu...merekalah umatku..bygkn saat itu Nabi Muhammad menitiskn air matanya semua sahabat menangis..

MasyAllah.. :'(

Kaum Hawa read this plese?? ^__^

~ ♥ Sedarkah? ♥ ~

Dia tengah tidur, tapi malaikat duk tulis DOSA dia. Dia tengah solat, belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit DOSA dia. Dia tak buat ape2 pun.

Pelik. Tapi malaikat masih tak berhenti catit DOSA dia.

Eh?

Ape salah dia?

Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya yg TAK menutup AURAT di fb. " right-click, save image as.. " Setiap kali ada lelaki yg melihat, save, setiap kali itu
lah
dosanya berTAMBAH.

Itu belum lagi bila meninggal, kat dalam kubur nanti, malaikat takkan berhenti seksa selagi ada lelaki atas dunia ni yg tengok gambar kamu yg tak tutup aurat. Masa tu ape yg awak boleh buat? Nothing!!

Jadi sekarang ini awak boleh perlahan-lahan cuba tutup aurat. Berhias hanya untuk suami. Itu lagi suwit. Dipuji oleh yg halal. Suwit ke dok?
>_<

Mengenali seseorang

Assalamualaikum pembaca semua,lama tak update sebab sibuk tengah test banyak nie kan..so lupakan nk update blog nie..hehe...tap nk story pasal seseorang nie..even tak mention nama dia pon..takpa biar sya dan dya ja tau.terima kasih sebab selalu bg nasihat..selain sahabat2 yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar..terima kasih jugak..dah bagi pelbagai nasihat dari sudut keagamaan..tetapi kali ni,niat mengenali seseorang bukanlah untk tujuan bercouple sebab seseorang penah cakap kat sya..bila kata dah berhubungan dengan seseorang ( bercouple),dunia nie kata akan merasakn kta dan dia ja yang punya..hmmm tulah perasaan sya dahulu bla bercouple kan..tp perkara tuh salah rupanya..tak perlu pon nk bercouple nie sebab,Allah membimbing kita untuk ke arah yang lebih baik..walaupon kta tak pernah bertegur sapa,tak pernah bertentang mata..tapi saya harap biarlah hubungan kta kekal sedemikian..sebab sya tahu Allah Maha mendengar dan mengetahui segalanya yang terbaik untuk hambanya..biarlah ia menjadi rahsia..^_^

sebab diri saya sendiri belum betul bnyak lagi yang harus sya pelajari..insyaallah,sebab ramai yang memberi didikkn kepada sya..awak jugak..insyaalllah..tp insyaallah sya nk menjadi yang halal untuk awak..insyaallah..kenangku dalam doamu..hmm..mungkin sebelum nie sya penah merasa perasaan bercouple tuh mcm mana kn..so tak boley nk lari dari perasaan nie..sya tak macam sahabat2 sya yg lain..ada yg tak penah couple..sungguh bangga tengok depa sebab dpa berjaya mengawal iman mereka..congrat..hope dpt jadi cm depa.hmm..mungkin perasaan nk kahwin tuh kot kn datang tiba2 pulak..yalah dok dengaq kahwin muda nie best..bercinta lepas kahwin nie best..cmnalah kn..TAPI persoalannya layakkah aku kn..hmmm..selalu soalan tuh bermain di mindaku..takpa kuatkn hatiku dengan mengatakn insyaallah..kalu dya bukan untukku.still aknku doakn kau dengan pasanganmu..

Cinta itu tidak tercela, bahkan indah jika kita menghargainya, tercelanya rasa cinta itu bila ia diiringi dengan pandangan nafsu mengatasi pandangan iman..

yaaa..suka dengan statement nie..sebab tuh insyaallah selagi iman masih kuat,aknku jaga semua batas2 pergaulan ini...Ya Allah andai dia jodohku yang kau utuskn,aku terima dengan seadanya,tp jika bukan dia jodohku,jauhkn dia dariku..sesungguhnya dia berhak untk orang yang sebaiknya Ya Rabb..


RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Bila baca kisah adik ni terasa ambk menyentuh hati,mengalir air mata apabila baca rentetan terakhirnya..dipenuhi dengan kemanisan..jom baca ramai2.

Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, Pn Nuraini Binti Che Mat, ibu kepada almarhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 


6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah 

p/s : sya bukan copy n paste tanpa sebab,cma biarlah ia menjadi  iktibar kepada sya dan semua orang yg membacanya..sungguh indah..semoga arwah ditempatkn di tempat orang2 yang beriman...<3

Bercinta selepas Nikah


Isteri: abg..ke mana destinasi perkahwinan kita?


Suami: =) ke syurga...


Isteri: dengan bekalan apa?


Suami: rahmat dan kasih sayang Yang Esa...


Isteri: hanya itu?

Suami: kita beramal, beribadat hanya kepadaNya..selebihnya pengharapan itu tertumpu hanya padaNya..
syg jadi isteri abg yang solehah..syg dengar cakap abg selagi mana abg benar mngikut syarak..syg jaga keseluruhan yang ada pada abg..agama,maruah,keluarga,harta,anak2 kita..berjihad di sisi abg...dan jgn pernah syg guris hati abg...


Isteri: kalau ter?? guris??


Suami: =) kalau abg x redha??


Isteri: kalau abg xredha nanti jadi apa??


Suami: malaikat akan melaknat syg..segala amalan syg yang syg buat selama ni hilang macam 2 jek..syg nk??


Isteri: em..xmo2!! syg xmo!!


Suami: em..baiklah..kalau xmo,xpe..jadi..jangan keras2 ati sgt yek syg..abg sayang syg kerana Allah..maka,cintai abg juga keranaNya...
abg x sempurna,maka lengkapkan dengan sebahagian yang ada pada syg..


(^____~) BAHAGIA :::




Saturday, 19 January 2013

Sahabat until Jannah..amin


Assalamualaikum...nie sahabat merangkap family..hahha depa semualah..okey,mula2 bukan rapat sangat pon..sebab apa.diorang kelas B and sya kelas A dulu..tp diorang sentiasa cheer tau event dalam sedeh2 pon..motif depa sebab tak suka tengok kawan2 depa sedih kn.tuh yg best tuh ..masuk semester 4,aku dah tukar kelas masuk kelas depa..start lah kehidupan baru aku kat kelas baru..very different dengan kelas sebelum ini...diorang time belajaq masing2 focus tak dak nk bising2 kn..so semua orang akn dapat focus lah kn..tuh satu bagus pasal depa nie..n depa nie sentiasa tolong kalu kawan2 dlm kesusahan..kadang2 gaduh jugak..tp baik jugak lepas tuh..


munkin nie hadiah daripada Allah buat diriku..terima kasih ats hadiah yang tidak ternilai nie...akan kujaga until jannah..amin..hat sorang tuh budak penang nama dya Nurul Diyanah tp panggil nana pon boley...dya nie sedeh ka gembira ka sama ja..sentiasa happy go lucky tau.syok kwan dengan dya..yg dok buat peace tuh rumah dya kat alor setaq..ukey alamat tak tau..yg tau dekat dengan balai bomba..dya nie pon best jugak..gila2..klau gelak hah tak ingat dunia dah..hehe..hat bertudung kuning tuh nama dya khairiyyah..segak kn..hahha insyaalllah depa2 nie bakal menjadi zaujah yag solehah..amin..lupa plak nk gtau yang pkai baju pink tuh nma dya Wan Nabihah..tp pgl ja bihah..senang kn..hat khairiyyah tuh pgl khai pon still dya kaleh..haha..okey hat ujung sekali tuh roomater tercinta,Hana Bunga26 (TWITTER) Solo lagi tuh..hah..best kawan dengan dya..ada masalah boley storry morry dengan dya..best sngt..happy go lucky jugak..suka tidoq lambt kekadang tuh..sb dok tweet gan someone kn (Mr.B) opss..unmessy ukey..yg ats bertudung koko tuh..hahhaha..nie yg paling rapat sebab dya ada petalian darah kn..(COUSIN) belah abah..so kind..she teach me how to cover aurat..until now alhamdulillah still menjaga,..terima kasih kawan ya..belajar mengenali sesuatu adalah daripada seorang sahabat..sebab merekalah kta dapat menilai siapa diri kta..lastly,yg hujung tuh nama dya Anasyuha..okey yg nie reserved ukey kepunyaaan(Ku Izzul) okey sorry kalu tak sengaja pi mention kan..yg penting kau jaga kawan aku bek2 ukey..harap korang bahagia tau..jgn gaduh2 ukey..selesaikn masalah dengan cara yang betul..setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya..

SEMOGA PERSAHABATAN KITA SENTIASA KUAT SEPERTI TALI YANG MENGIKAT KEPADA SESUATU..MOGA KTA BERSAHABAT TIDAK KIRA SUSAH MAHUPUN SENANG,DAN SENTIASA BERSAMA..SAHABAT UNTIL JANNAH..AMIN..

Semoga hampa semua mendapat jodoh yang baik2 dan menjaga hampa dengan baik,Ya Allah kau tempatknlah sahabat2 ku di kalangan orang2 yang briman..amin..<3


The real day of Memanah


Assalamualaikum wbt..hari nie game memanah yang betul3..korang nk tau..bngn pagi tuh after solat subuh 6.30 am,me tidoq balik..should ada dekat tempat pendaftaran tuh pkul 8.00 am tau..so kna pergi awal lah..u all nk tau..I terjaga pkul 7.45..omg..omg..kalut kot time tuh..haha rebat kain tuala masuk bilik air,just gosok gigi cuci muka..huaa pastu dengaq someone call my name..Fatin and Athirah kawan memanah jugak dah datang bilik..okey dalam bilik air..pura jer mandi.of couse tak mandi tau..ini gara2 tidoq balik lah nie.kalu tahu terus siap2 jer td..so ambk jer baju mana yang ada.pkai tudung..terus berangkat pergi..ohh alhamdulillah sempat jugaklah kn..ingt dah lambat tadi..still boley join warming up tuh..sb nk lawan dah kn..I got group D,the last group..km ada 3 pusingan,satu pusingan 6 batang kna panah..1 sekali,diorang bagi practise dulu..sb jarak dya 10 meter,jauh sikit dari semalam..urghh..bnyak anak panah yang miss.but still in control..yang tak tahan tuh..sakit tangan tuh,heran tau dak..semalam practise tak dak pulak nk sakit kan..tp tak lah teruk cam orang lain kn..sakit smpai lebam2 warna ungu plak tuh.naisb sya ukey..jadi top 10 pon jadilah kn..hahaa..<3 pastuh kena balik awal sebab my mom nk datang kn..horey...can't wait..miss both of them..really deep inside my heart..fuhh ayat tak ley blah btol lah..

Friday, 18 January 2013

Traning Memanah


Assalamualaikum untk hari ini 18 Januari 2013.okey nak kongsi dengan korang..tadi pagi ada ldk sampai pkul 10.30 camtuh..and then balik rehatkn diri..tidoq sebentar ( orang kata tidoq sblm waktu zohor nie bagos) ada yang bgtau cmtuh :-) dapat2 mesej dari JPK Murni diorang cakap untk traning budak part 4 memanah petang tepat jam 3.30 petang..okey after dapat msej tuh terus bangun ambk wuduk dan solat..rapikan diri,dah ready nk gi tranning kan..latihan depa buat kat stadium mini dekat dengan tempat men badminton dlm dewan yang panas dan berkuwap tuh..sampai2 kamilah orang pertama yang sampai situ ..bangga sat..dalm pkul 4 tuh baru start dengan penerangan dari cikgu yang bg instruction mcm mana nk memanah..okey started to nervous okey..besalah pengalaman pertama kali..dlu time plkn bkn memanah tp menembak..alhamdulillah ukey jugaklah menembak tuh...back to our storry ukey.dah abis2 cikgu tuh bg penerangan pkat ambk lah barang2 untk dipakai kat badan kan untk tujuan keselamatan.bkn apa takut injure kat mana2 kan..tak ke satu keja pulak kn.okey sya jadi orang yg terawal jugaklah hat nak try tuh..pkai dengan lengkp dah..okey mulalah kn..pertama kali try terketaq2 tangan nie..tp second tuh dah ukey..sorang ambik 6 batang tau..best sngat.ada macm2 kerenah sangat..tp fun lah game nie..td ada orang koment dya cakap nie salah satu game kesukaan Rasulullah s.a.w,ukey baru dapat tahu..jd perasaan nk main besok lagi membuak2 lah kn..org ckp men tuh lenguh tangan lah apa lah..alhamdulillah tak dak injure kat mana2 tadi.okey jer..mungkin sebab terima arahan dengan betul kot..tapi serius ckp benda tuh memang berat n nk tarik tuh kena guna tenaga jugklah..hat datang tadi suma mcm pro2 jer..okey..tp semangat still tetap ukey..menang kalah adat permainan..normal lah kn..yang penting pengalaman dapat main tuh..tak dapat hadiah pon takpa.janji ada sijil..yalah semester nie baru nk kalut aktif padalah next sem kena pindah jugak kn duduk rumah sewa..tak risau dah la nk dok kolej nie..:-)

p/s : besok sebelum bermula tuh baca doa banyak2 moga Allah melindungi kta sentiasa..amin <3

Thursday, 17 January 2013

Ldk part 4 meriah

Assalamualaikum..okey hari nie kami budak part 4 ada event ldk yg wajib bg semua..so sapa2 yang tak hadir tuh silahlah yer bersedia untk kena repeat nanti..tp aktiviti hari nie sangat fun..sya dapat group 5 sekali dengan Rabiatul Kamsina..oghhh dya sngat awesome even sya tak kenal pon dengan dya..tp dya sngat comel.serius tak tipu..tak lupa jugak kwn ldk sya Fatin Syahirah atau pggil jer ateng..hah glamour jer nama tuh..dya bdk IM n kawan dengan roomate lama sya Aishah bohari..so kenal lah kn..alhamdulillah hari nie aktiviti berjalan dengan lancar..

Activity 1 :

tempat pertama kami kena berjalan dari stadium mini pi pulak depo bas..okey penat sangat..tak bohong.tp tengah2 berjalan tuh sembang2 so kuranglah penat tuh.game pertama kami kena main gasing..okey tak penah main n tak reti pon nak sentuh benda tuh..so kna buat smpai 20 kali dalm masa 15 minit..ok km just give tugasan nie kat pihak lelaki jer..mungkin depa lebih arif kan..so tak dapat buat,pastuh dya suruh tiup belon n letak dalam bulatan tuh dan tak boleh lari mana2 pon..ambk gasing dan kena pecahkan belon tuh..so kami berjaya..activity pertama telah berjaya..dapat sign dari komander terus ke check point 2.

Activity 2 :

check point kedua,dekat dengan gelanggang futsal dekat dengan pondok pak guard..game yang kami dapat lain2 sebenarnya baru perasan ukey..memandangkan semua ada 36 group dalam angka yg besar kenalah buat bnyak game..kalu tak.malamlah km balik kan.dekat setiap check point ada 2 atau 3 game..kali nie kami kena celok tangan yg comel nie kat satu baldi yang penuh dengan maggi bercampur dengan pewarna..kna cari perkataan yang depa lekat kat guli..okey semua beratur tunggu giliran kan..tp after tuh suma kelam kabut..kna cari perkataan dan buat 3 ayat dlm masa 5 minit..okkkk..sat ja kot..bahagi kepada 2 kumpulan sebab ada 2 baldi kan..so total perkataaan yang kami kena buat adalah 6..celok punya celok..smpai giliran aku tangan yang dok dalam baldi..semua pakat nak try kn..ok,aku kan insan yg baik hati..so biar jelah mereka yg buat..aku setakat memberi skongan moral kat blakang..akhirnya berjaya jugak game kedua nie..alhamdulillah lagi..


Activity 3 :

okey,nie smpai check point ketiga dekat courtyard plak..sampai2 stuh bnyak gyla kumpulan yg tengah tunggu kan..okey km tunggu..agak lama tp best jugak tengok group len men game kan..ada yg main duit syiling lah,kertas kena koyak2 untk masukkn ahli group lah n ada plak yg sorak2 bg tagline..macam2 daah reaction orang kat stu.last2 smpai dah turn km..time kami kena kertas tuh..okey penah buat..suma da 30 orang kn dlm gruop tuh so divide 5.buat 5 group lah kn..settle game nie dengan jayanya..

Activity 4 :
larilah pulak kami pi dekat padang Malinja otw pi library tuh..okey dari jauh tngok macam ada banyak game.ada yang skipping rope lah,n tertarik dengan kena buat spider rope tuh n then letak bola pimpong kat ats tuh..okey tak sangka group kna buat tuh..okey peraturan dya hanya 8 orang daripada 30 orang ja yg wajib main..so,tak men jugak..just bagi orang yg cekap kan..sekejap ja dah abis..sebab rasa cam senang ja.ktaorang just tunggu kat seberang untk bukak balik ikatan yang group member lain buat tadi.

Activity 5 :

okey,nie dekat parking foodcourt pulak..padahal dekat dengan tasik.sampai2 perasan ada maggi merah dan roti..okey apa nie...WHAT??kna makan dengaq orang cakap lah kn..ada yang baring2 atas badan2 kawan2 dya lah..ntah apalah game tuh kn..tp nasib menyebelahi ktaorang lagi.km dapat game yang kna bawak biji kacang hijau guna chopstick ja..easy jer kan..kna bubuh 20 dalam cawan plastik one by one maksudnya sorang demi sorang..tak kira dya bawk berapa pon..so dari 30 orang yang ramai2 tuh..tak suma pon yang buat..sb bla 3 orang pkat bawak bnyak2 habis jugk..selesai masalah lagi..senang jer ldk kata aku dalam hati..senanglah sb tak buat apa je kan..mcm2 jln2 kat dalm uitm je..hahaa

Activity 6 :

This the last 1,kat stadium mini plak.jauhnya dari foodcourt ke stadium..okey tak lari pon..smbil pimpin tangan dengan ateng.berjalanlah km ke sana..smpai check point terakhir..komander tuh bg arahan..okey simple sangant kna masukkn air dlm botol mineral yang kecil tuh dengan mcm mana cari sekalipun..barang dya bg penutup botol ja..tp dya ckp boley gna apa yang ada pada kta..okey ktaorang yg punya kreatif nie ambik bnyak2 tisu ha buatlah kn..pastu pi ambk pulak plastik tisu tuh isi..okey game nie km men tipu skit..tapi still dapat habiskan.alhamdulillah tamat ldk pada hari ini dengan jayanya..

okey,after sign attendance ktaorang boley balik dah,,today I get a new partner from Art n Design..ok best semabang2 dengan depa..tp yang paling kerap aku brada dengan ateng..happy sangat,sb datang awal ldk n balik pulak awal kn..terima kasih kepada komander2 yang bertungkus lumus menjaga check point ukey..pndai reka game..kadang2 tengok dah macm running man lah.thanks to my group even tak dan nak sembang rasanya sebab masing2 dok focus nk habis cepat..tpi takpa..ira senang nk cam orang kn..nanti jmpa kat luar teguq2 lah kn..

p/s : petang nie kol 4 kena ada dekat stadium mini sebab ada latihan memanah..ohh this the first time nk try ukey..doakn brejaya..amin..

Jodoh itu rahsia Allah

Ya Allah,brikanlah jodoh yang terbaik buat diriku..sudikah mereka menerima diriku ini..andai tidak bibir ini hanya mampu pasrah..Allah tidak pernah merancang yang bukan2 untuk hambanya,aku yakin jika aku sedang cuba memperbaiki driku,jodohku jugak begitu.Allah hilangkan perasaan ini hnya seketika.biarlah ia muncul untk bakal imamku..
duhai bakal imamku,pimpinlah aku ke jalan yang diredhai oleh Allah..teringin nk solat berjemaah dengan husband lepas habis solat cium tngan..dan dia cium dahi..alangkah bahagia kalu menjadi pasangan seperti ini..org ckp bercinta selepas kahwin best.okey simple ja kta ambk contoh Dena Bahrin pon boley..mereka tidak pernah bercinta..seperti Irma Hasmie jgk begitu..indah sungguh aturan Allah buat umatnya/hambnya..
andai dia jodohku Ya Allah kau kuatknlah,jika dia ditakdirkn bersamaku,kau satukanlah hati nie Ya Rabb..
okey dalam masa yg sama,doa untuk kawn2 jugak tak penah dilupan..semoga mereka dapat jodoh yang baik2..besalah kan bla dah masuk angka 20 nie kn..mulalah nk bercakap soal hati,cinta dan jodoh perkahwinan bagai..okey mengakulah kn  teringin nk kawin muda..tp apakn daya..parent suwuh study beh dulu..hehe tp diploma nk beh dah..insyaallah..<3 kalu jmpa jodoh awal,kahwin jelah..yang penting nk jadi isteri,umi yang solehah buat suami dan umi yang penyanyang buat anak2..

before and after

nie sebelum
nie selepas

Alhamdulillah perubahan berlaku sedikit demi sedikit,sahabat yang bnyak membantu terima kasih Hazimah dan Hafiza yang banyak memberi nasihat tentang agama..mereka sahabat ukhwah fillah,tak lupa jugk kepada roomate tersayang Hana Bunga,jiran bilik diyana,bihah dan khairiyyah serta Anasyuha yg dok kolej Masria..hehe..thanks sngt..sentiasa sokong,menjadi tulang belakang..menjadi payung ketika panas terik..tak ternilai jasa mereka semua..hanya Allah yang mampu balas kebaikkan mereka..Ya Allah,kau datangkn sahabat2 yang sangat mulia di mataku..terima kasih untuk hadiah yg begitu bermakna ini..
bla kta melakukan penghijahan kta tak penah lari dari dugaan..godaan datang bertimpa2..halangan datang bergolek2..ohhh..aku hanya mampu berserah,tp aku yakin Allah mempunyai perancangan yang terbaik buat diriku..amin..